Friday, 13 March 2015

Antara Usahawan Berjaya Yang Saya Kagumi

DATO' SITI NUR HALIZA 






          Dato' Siti Nurhaliza binti Tarudin dilahirkan pada 11 Januari 1979 dan sekarang beliau berumur 36 tahun.Beliau dilahirkan di Berek Polis Kampung Awah, Temerloh. Beliau merupakan anak keempat dalam lapan adik-beradik kelahiran Tarudin Ismail dan Siti Salmah Bachik. Beliau berasal daripada keluarga penggemar muzik, yang mana adik-beradiknya iaitu Saiful Bahri, Siti Norsaida dan Siti Saerah juga bekerja sebagai penyanyi. Datuknya ialah seorang pemain biola yang terkenal, manakala ibunya seorang penyanyi irama etnik yang terkenal juga. Siti Nurhaliza merupakan penyanyi utama kumpulan 'Family Group', yang diasaskan oleh bapa saudaranya, Abdul Rahim Bachik.
          Sewaktu kanak-kanak, beliau juga terlibat dalam pelbagai aktiviti sekolah, termasuk sukan dan pidato. Siti Nurhaliza menerima pendidikan terawalnya di Sekolah Tabika Perkep, Balai Polis Kampung Awah, Temerloh. Di sinilah beliau mula menyerlahkan bakat nyanyian pada usia enam tahun ketika mempersembahkan lagu tradisional "Sirih Pinang" di acara akhir tahun persekolahan. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford, kemudian di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Lipis, Pahang.
          Seusia 13 tahun, Siti mengikut bapa saudaranya ke persembahan jemputan seperti majlis pernikahan dan jamuan kenduri untuk untuk mendedahkan diri sebagai penyanysehingga meraih sambutan baik daripada masyarakat setempat. Siti juga pernah memenangi pertandingan nyanyian pertamanya pada usia 12 tahun, apabila menyanyi lagu patriotik "Bahtera Merdeka" di sebuah Karnival Kuala Lipis Carnival sempena "Nyanyian Bulan Kemerdekaan". Beliau merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu pop dari Malaysia. Beliau banyak menerima lebih 150 anugerah tempatan dan antarabangsa. di samping itu, beliau juga menerima gelaran The Voice Of Asia oleh Alicia Keys di majlis MTV Asia Awards 2005 di Bangkok, Thailand kerana kehebatan vokal sopranonya serta pencapaian terbilang di dalam dan luar negeri. Pada Ogos 2006, beliau bernikah dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohamad JiwaDua bulan kemudian, beliau dikurniakan gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Pahang yang memberi gelaran Dato' di awal namanya.

          Selain bidang nyanyian, Siti dikenali sebagai seorang ahli perniagaan yang terhandal di Malaysia. Beliau mengungguli 'Richest Artistes' in Malaysia. Beliau ialah seorang jutawan dalam industri hiburan Asia Tenggara yang nilainya mencecah RM 50 juta.

          Pada 30 Mac, beliau melancarkan jenama produk kecantikan dan kosmetik SimplySiti. Produk-produknya menjalani penyelidikan dan pembangunan di Korea, serta diterapkan nanoteknologi sebelum menerima kelulusan halal oleh JAKIM.Tidak sampai tempoh dua bulan selepas pelancarannya, SimplySiti dinobatkan sebagai "The Best Halal Product" dalam kategori kosmetik oleh majalah Halal Journal Magazine.Pelaburan besar telah dibuat untuk menghasilkan produk kecantikan bermutu merangkumi penjagaan kulit SimplySiti C Bright, SimplySiti New Age dan SimplySiti Acne Solution selain Krim Simply 5 yang istimewa. Antara produk SimplySiti terbaru pada 2015 ialah Simply Elegant (Bronze)






MUHAMMAD ZUKERMI (MZ Secret)






          Ketiadaan modal bukan satu halangan untuk berjaya dalam perniagaan andai agama, ilmu pengetahuan serta semangat tidak mudah berputus asa sentiasa menjadi pegangan hidup. Itulah yang cuba dibuktikan oleh usahawan muda, Muhammad Zukermi Edi apabila beliau berjaya membina empayar perniagaan atas talian dengan hanya bermodalkan RM1.

          Mengakui rakan-rakan terkejut mendengar kisah perubahan hidupnya, Muhammad Zukermi kini sudi berkongsi kisah menarik di sebalik kejayaannya yang bermula dengan RM1 itu. Pada umur 21 tahun, beliau pernah lalui kehidupan seperti remaja gelandangan di Rembau, Negeri Sembilan. Pengalaman hidup sebatang kara ketika itu betul-betul memeritkan. Namun, Allah SWT telah turunkan keajaiban dalam hidupnya. Baki RM1 dalam poket ketika itu telah beliau gunakan untuk melayari internet di kafe siber. Itulah saat beliau mula berniaga secara ‘dropship’ menerusi akaun Facebook.

          Siapa sangka, masa yang begitu singkat pada ketika itu telah mendatangkan pulangan yang besar. Dari mula berniaga secara ‘dropship’, kini beliau berjaya membina syarikat sendiri dengan keuntungan tahunan mencecah jutaan ringgit, katanya ketika ditemui baru-baru ini.

          Pada tahun 2013, Muhammad Zukermi telah melancarkan beberapa rangkaian produk kecantikan seperti MZ Secret Soap dan MZ Secret Body Spray di bawah syarikat MZ Secret Sdn. Bhd. miliknya. Meskipun bermula tanpa pengalaman yang luas, beliau sendiri tidak pernah menyangka yang produk keluaran syarikatnya berjaya menambat hati ratusan ribu rakyat Malaysia.

         Hari ini, pemuda kelahiran Temerloh, Pahang itu sudah boleh berbangga dengan usaha hasil titik peluhnya sendiri dan beliau telah membuktikan kepada semua orang yang sesiapa saja boleh berjaya. Menjadikan pakar pemasaran internet, Tuan Faisal Abdullah sebagai sumber rujukan utamanya, Muhammad Zukermi melihat 2014 sebagai tahun untuk mendidik lebih ramai rakyat Malaysia yang berminat dalam perniagaan atas talian ini.

          Laluan kejayaan kita pastinya sukar, tapi beliau percaya dengan izin-Nya, ia boleh dikecapi jika kita berusaha dengan gigih. Jangan jadikan kekangan hidup sebagai alasan untuk tidak berjaya. beliau juga percaya masih ramai yang inginkan bimbingan bagi mengubah hidup dengan perniagaan dan mereka inilah yang akan beliau buru pada tahun ini.

          Terkini, syarikatnya bakal melancarkan satu produk yang dirumus khas untuk kebahagiaan suami isteri dan dijangka menjadi satu lagi produk terlaris beliau untuk pada 2014. Dengan kejayaan yang telah dikecapi, Muhammad Zukermi kini merancang mencari lebih ramai rakan niaga bagi memeriahkan pelancaran produk terbaharu itu.






DATUK ALIFF SYUKRI KAMARZAMAN







          Memilih slogan Terlajak Laris, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman bertekad untuk menjadikan produk D'Herbs Healthy Sdn Bhd terus laris di pasaran dan menjadi pilihan setiap orang.

          Sebagai pengasas produk kosmetik paling muda di Malaysia, kini berusia 25 tahun, Aliff Syukri tidak pernah ketandusan idea bagi memajukan lagi perniagaan yang sudah tiga tahun bertapak di Malaysia.Hasil kerja keras beliau, hari ini produk D'Herbs Healthy Sdn Bhd menjadi jenama yang mencetuskan fenomena di dalam industri herba kesihatan dan kosmetik di negara ini.

          Bertemu dengan ayah kepada tiga orang cahaya mata ini di pejabat beliau di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor, ternyata beliau seorang yang begitu peramah dan tidak meninggi diri.Mungkin juga ini yang menjadikan beliau begitu disenangi di kalangan mereka yang terlibat dengannya seperti stokis, pengedar, pengguna juga kakitangannya sendiri.

          Menurut anak ketiga daripada tujuh beradik ini, beliau bersyukur kerana hasil kerja yang tidak pernah mengenal penat, kini D'Herbs Healthy Sdn Bhd mempunyai seramai 6,000 orang stokis di seluruh negara.
''Sehingga ke hari ini, kami telah mengeluarkan sebanyak 60 jenis produk yang khusus untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak.''Slogan 'Terlajak Laris dengan tidak secara langsung memberikan motivasi kepada saya untuk terus mengeluarkan produk terbaru untuk pengguna yang sentiasa mahukan sesuatu yang baru.

          ''Produk terbaru D'Herbs Healthy Sdn Bhd ialah pewarna rambut super lebat yang wajib dicuba. Terdapat dalam warna hitam dan perang, keistimewaan pewarna rambut ini ialah ia diadun khusus untuk lelaki dan wanita Islam yang mementingkan kesucian dan kebersihan. ''Menggunakan bahan utamanya, iaitu inai (mountain rose herbs), bahan-bahan campuran lain ialah kelopak bunga raya, bunga marigold, teh kamomil dan daun rosemary.''Justeru itu pengguna tidak perlu bimbang kerana tiada bahan kimia yang terdapat di dalamnya yang boleh menjejaskan kesihatan. Paling penting produk ini halal dan boleh dibawa sembahyang. Pewarna rambut ini memang berkesan dan pihak kami sanggup memulangkan wang jika pengguna mendapati ia tidak berkesan,'' kata Aliff Syukri yang dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang.

          Tambah beliau lagi, walaupun baru tiga bulan di pasaran namun sambutan yang diterima daripada seluruh negara terhadap pewarna rambut ini memang amat memberangsangkan.Beliau berkata, satu lagi produk yang merupakan antara produk terlaris D'Herbs Healthy Sdn Bhd ialah minuman jus kesihatan berherba Gamolex Gold.

          Minuman jus kesihatan Gamolex Gold yang dijual pada harga RM88.80 ini kata beliau, boleh membantu merawat 1001 jenis penyakit seperti lemah jantung, kencing manis, kolestrol, sakit sendi, sakit lutut, osteoporosis, strok, asma, gout, prostat dan lemah tenaga batin.

          Menceritakan pengalaman ngeri yang menimpa beliau tidak lama dulu Aliff Syukri berkata, peristiwa ditimpa kemalangan yang menyebabkan mukanya hampir hancur dan hidung patah, menjadi titik permulaan kepada terciptanya minuman jus kesihatan Gamolex Gold.

          ''Doktor memberitahu kecederaan di muka saya memang teruk dan mengambil masa yang lama untuk pulih. Saya teringat tentang keistimewaan gamat dan kemudian meletakkan lendir gamat pada muka saya.''Ternyata ia amat berkesan dan Alhamdulillah luka pada muka saya semakin sembuh dalam masa dua minggu sahaja sedangkan doktor berkata proses penyembuhan mengambil masa selama tiga bulan.

          ''Daripada situ, saya meminta seorang saintis untuk membuat kajian dan menghasilkan satu produk yang berkesan untuk membantu menyembuhkan luka dan penyakit. Dan lahirlah Gamolex Gold.''Gamolex Gold mengandungi campuran 30 jenis herba dan kesannya sudah boleh dilihat pada pengambilan satu botol atau penggunaan satu atau bulan sahaja. Namun sebaiknya diteruskan bagi mendapatkan hasil yang lebih memuaskan,'' ujar Aliff Syukri yang menyasarkan pada pengguna yang berpendapatan sederhana.
Beliau turut memberitahu bahawa D'Herbs Healthy Sdn Bhd yang mempunyai kilang sendiri, iaitu Aliff Herbs Manufacturing di Kuala Selangor akan mengeluarkan satu lagi produk baru dalam masa terdekat ini serta membuka sebuah spa di Damansara. 

          Langkah tersebut adalah untuk melindungi pengguna daripada tertipu dengan bahan-bahan yang tidak selamat dan merbahaya pada kesihatan.
Beliau menjelaskan, selain berniaga, harapan beliau adalah untuk membantu golongan yang berpendapatan sederhana dan dalam masa yang sama tidak membebankan pengguna.

          Katanya, D'Herbs membuka peluang kepada semua untuk menjadi usahawan atau pengedar dengan modal serendah RM350 sahaja. Keuntungan yang diperoleh adalah di antara 30 hingga 40 peratus.






MAWAR ( FAREEDA )







         Antara usahawan wanita muda yang berjaya pada masa kini ialah Mawar Abdul Karim. Beliau berasal dari Pulau Pinang. Beliau merupakan seorang model dan pengurus pemasaran jenama tudung Fareeda. 

          Beliau ialah anak kepada Faridah Zakaria iaitu pengasas tudung jenama Fareeda. Pada hari Ahad 10 November 2013, Mawar sah bergelar isteri kepada Fizo Omar dalam satu majlis akad nikah yang telah diadakan di rumah keluarga perempuan di Country Heights, Kajang. Beliau boleh dikatakan sebagai wanita yang berjaya menaikkan jenama Fareeda. Beliau antara tulang belakang kejayaan syarikat berkenaan. Namun begitu, siapa sangka di sebalik kejayaan yang dikecapi oleh beliau rupanya terselit seribu satu kisah duka diawal perniagaannya.
          Menurutnya, beliau terpaksa mengorbankan waktu remaja semata-mata bagi membantu keluarga mengembangkan perniagaan tudung Fareeda yang pada awalnya langsung tidak dikenali ramai.
           Memetik sumber info, beliau mengakui jawatan Pengarah Fareeda Global Resources Sdn Bhd yang digalas kini hasil titik peluh ibunya dan keluarga yang tidak kenal erti penat lelah bagi memastikan perniagaan dikenali.
          Mula melibatkan diri di dalam bidang fotografi seawal umur 15 tahun ternyata memberi kelebihan buat dirinya untuk bergelar model tudung. Bakat dalam bidang peragaan dimanfaat sepenuhnya apabila dilantik duta tudung Fareeda oleh ibunya sendiri.
            Pada pertengahan tahun 2006, ibunya mula berjinak-jinak menjahit tudung di rumah mereka yang terletak di Permatang Pauh, Pulau Pinang. Pada mulanya ibunya memulakan perniagaan menjahit tudung yang ditempah kawan-kawan dan saudara mara. beliau telah model tudung ibunya sendiri kerana kawan beliau dari Pulau Pinang tidak dapat datang sesi fotografi. Beliau terpaksa jadi model dan pengalaman belajar mengenai fotografi menyebabkan beliau tidak bermasalah untuk bergaya hadapan kamera.
          Menurut beliau, beliau terpaksa memikirkan dan menggunakan pelbagai kaedah bagi meningkatkan jualan tudung Fareeda agar lebih dikenali. Antaranya jual tudung di pasaraya dan sebagainya.
          Beliau bukan dilahirkan terus senang dan apa yang mereka kecapi sekarang adalah hasil usaha daripada keperitan masa lalu. Bukan senang bagi beliau untukberada di tahap begitu, pelbagai rintangan terpaksa dihadapi. Walaupun mempunyai butik sendiri, beliau turun padang jual sendiri tudung Fareeda di Kompleks PKNS Shah Alam. Beliau sendiri telah membawa barang dan stok tudung kerana pekerjanya tidak mencukupi. Beliau juga pernah menjual tudung di pasar raya Giant Seksyen 13, Shah Alam.






No comments:

Post a Comment